Impian untuk memelihara Kitty, seekor kucing yang manja itu sehingga selesai pengajianku disini akhirnya terpaksa berakhir jua. Di dalam satu kejadian yang tidak disengajakan, Kitty menghembus nafas terakhirnya di hadapan rumah penulis dan akhirnya bersemadi setelah ditanam oleh sahabat2x penulis.
Baru semalam Kitty memanggil2x penulis untuk membantunya menangkap cicak di dalam rumah. Dan hari ini sempat penulis mendukungnya sebelum melabuhkan diri di katil untuk berehat. Apabila terjaga dari tidur, penulis mendapat tahu berita yang Kitty telah pun tiada dan baru sahaja ditanam oleh sahabat2x penulis. Suasana yang agak sedih dapat dirasakan di dalam rumah ini yang merindui kehilangannya.
Namun, setiap kejadian akan menemui ajalnya apabila tiba waktu; manusia, haiwan, tumbuhan dan makhluk2x ciptaan Allah yang lain. Justeru itu janganlah kita bersedih sangat dan menganggap itu adalah lumrah kehidupan. Dan penulis sendiri tidak akan berhenti memelihara kucing2x yang lain demi Kitty. Semoga memori bersama Kitty akan kekal di ingatan penulis dan para sahabat.

My Life
5/29/2008 03:42:00 PM