Kali pertama penulis memperkenalkan motorsikal kepunyaan penulis iaitu sebuah motorsikal EX5 berwarna hitam. Motorsikal ini dibeli sebelum penulis menjejak kaki ke UMP atau KUKTEM oleh ayah penulis. Walaupun motorsikal ini adalah motorsikal terpakai, namun sepanjang 4 tahun ini ia masih gah walaupun ianya semakin tenat dimakan usia. Keadaan motorsikal tersebut boleh dikatakan "buruk", kerana catnya kian pudar, tempat duduk yang koyak, "side bend" yang lusuh, bunyi enjin yang teruk dan sebagainya. Namun masih boleh ditunggangi oleh penulis ke kelas setiap hari selama 3 tahun dan sekarang digunakan oleh saudara hafizul ke tempat kerja. Apa yang penulis cerita adalah keadaan motorsikal tersebut sebelum 2 minggu lepas.
Setelah mendapat pertolongan daripada saudara ashraf, maka kami berpakat untuk menukar wajah motorsikal ini. Kebetulan tahun ini kerajaan mengumumkan rebat tunai kepada setiap kenderaan bagi menggantikan harga minyak yang naik. Penulis mengambil peluang menggunakan duit rebat itu untuk membaik pulih motorsikal ini. Antara barang-barang yang dibeli adalah:-
- 2 Rim Sport yang berharga rm75 setiap satu.
- 1 Side bend yang berharga rm20.
- 1 Seat EX5 yang berharga rm25.
- 1 Bakul Motor yang berharga rm20.
My Life
8/18/2008 08:33:00 PM