Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

C.I.N.T.A ( Persoalan dan Jawapan)

3 Comments »
Soalan: Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah SUKA.

Soalan: Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah NAFSU.

Soalan: Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESEPIAN.

Soalan: Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESETIAAN.

Soalan: Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah BELAS KASIHAN.

Soalan: Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah TERGILA-GILA.

Soalan: Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah PERSAHABATAN.

Soalan: Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah DUSTA.

Soalan: Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KEMURAHAN HATI.

Tetapi...

Soalan: Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita tertarik dengan orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Jawapan: Yang demikian itulah namanya CINTA.

p/s:penulis petik artikel ini daripada salah seorang sahabat yang menghantar buletin di friendster.
3/17/2008 01:36:00 AM

Bahana Cinta Terlarang

0 Comments »
1 lagi topik yg agak menarik ingin dikongsi bersama dgn rakan2. C.I.N.T.A. Cinta terlarang? Ape tu? Bagi yg belum mengetahuinya, berikut adalah kategori2 yg diklasifikasikan sebagai cinta terlarang:-

  1. Hubungan sejenis(gay,lesbian,etc)
  2. Sumbang mahram
  3. Berkhalwat
  4. Bersedudukan(tinggal bersama)
  5. Seks sebelum kahwin
  6. Hamil luar nikah
  7. Gugurkan kandungan
  8. Kes pembuangan bayi
  9. Kahwin lari
  10. Pergaulan bebas
Ramai org ingin merasa dicintai dan menyintai termasuk la penulis sdiri. Namun setiap org tidak akan terlepas daripada merasai kebahagian dan kedukaan akibat cinta. Cinta yang terkawal akan membawa kebahagiaan kepada pasangan, dan sebaliknya jika ia tak terkawal, maka terbitlah satu istalah cinta terlarang.

Penulis ingin berkongsi sebuah kisah yang penulis baca daripada artikel surat khabar mengenai seorang lelaki yg mula menaruh minat kepada golongan sejenisnya semenjak di sekolah menengah lagi. Apabila perkara ini tidak dibendung, beliau akhirkan telah melakukan perbuatan luar tabii ketika berada di peringkat Universiti. Akhirnya beliau sedar bahawa perhubungan ini tidak menjamin kebahagiaan dan tidak dapat mengembangkan zuriat. Beliau cuba utk menjalinkan hubungan dengan kaum Hawa dan pertunangan telah dibuat. Namun pada akhirnya, beliau tidak dapat menyintai kaum Hawa sebagaimana beliau menyintai kaum sejenis dan pertunangan itu diputuskan. Agak memilukan hati kisah yg penulis baca. Sekurang-kurangnya dia penah bertaubat, tp mungkin belum ckup utk dia kembali ke jalan benar.

Kes pasangan biasa tak terkira la byknye. Lelaki tinggalkn perempn yg mengandung ank luar nikahnye, ttp ade gak situasi dimana perempn menipu bahawa dia mengandung ketika lelaki nk tinggalknnya. Mcm2x.. Semuanya bermula drpd berpegang-pegangan, cium-ciuman, ringan-ringan dan seterusnya xperlu penulis huraikan lg. Salah siapa? Lelaki @ Perempuan? Jawapnnya ialah pasangan tersebut yg gagal mengawal perhubungan.

Kesimpulannya, bercinta xsalah sbb ia adalah normal ttp perlu kawalan. Kawalan dari segi emosi, nafsu, tingkah laku, pergaulan dan sebagainya yang akan menjejaskan perhubungan tersebut. Sumber penulis dipetik dari kosmo! online.

p/s:tiba2 penulis rajin pulak membaca surat khabar selepas start blogging nih. ^^
3/10/2008 06:34:00 PM