Bakat Anda Mengganggu Ketenteraman Orang Lain?

0 Comments »
Setelah lama menyepi, penulis ingin berkongsi satu persoalan bersama rakan2. Seperti yang tertera di atas, apakah maksud di sebalik persoalan yang ditujukan oleh penulis. Mungkin rakan2 sudah dapat menduga apa yang penulis ingin sampaikan.

Bakat adalah sesuatu yang dianugerahkan kepada setiap orang dari banyak segi dan aspek. Bakat dalam bidang nyanyian, melukis, bermain alatan muzik dan sebagainya. Malah kita digalakkan untuk menonjolkan bakat masing-masing supaya bakat kita dapat diasah dan dihargai oleh orang lain. Namun ada caranya untuk menonjolkan bakat tersebut iaitu dengan menyertai pertandingan yang diadakan dan sebagainya.

Yang menjadi masalah apabila ada sesetengah daripada kita ingin menonjolkan bakat masing2 tidak kira tempat dan waktu. Setiap hari penulis didendangkan dengan alunan-alunan muzik yang diterbitkan daripada petikan gitar. Penulis menghargai bakat gitaris tersebut, namun tidakkah ia nya mengganggu ketenteraman orang lain dengan bermainnya hampir setiap waktu dan masa dengan bunyi yang agak kuat malah kadang2 sehingga lewat malam masih kedengaran petikan gitar tersebut.

Penulis meminta agar silalah bertimbangrasa dengan orang lain. Jangan jadikan kewujudan anda sebagai satu masalah kepada orang lain dan amatlah rugi jika anda mempunyai bakat yang tersembunyi, namun orang lain tidak menghargainya.

3/28/2008 10:31:00 PM

Rumah Kitty

4 Comments »
2 hari lepas, penulis sedang berehat di ruang tamu rumah kerana cuaca yang panas dengan hujan yang turun renyai2 menyebabkan terasa bahang berada di bilik. Baru sahaja melabuhkan diri, datang seekor haiwan comel mendekati penulis dari pintu rumah. Iaitu seekor kucing kelabu dengan belang hitam yang digelar "Kitty" dimana kucing tersebut telah dipelihara oleh sahabat penulis(yux) dan penulis sendiri selama beberapa bulan ini.


Kitty

Kitty sememangnya sangat lincah dan nakal, namun senakal-nakalnya tidak pernah mencemarkan ruang tamu rumah penulis. Tempat kesukaannya adalah di bawah meja makanan dan duduk di atas sejadah yang berlipat serta fail kepunyaan sahabat penulis (pijoy).

Alkisahnya, rumah Kitty telah dicerobohi oleh kucing yang selalu membulinya. Maka, penulis pon membina sebuah rumah baru yang diperbuat dari kotak. ^^


Inilah rumah Kitty yang baru. ^^


Setelah diubahsuai oleh pijoy.

Maka, penulis pun meninggalkan Kitty dengan rumah barunya. Keesokan paginya, penulis mendapati rumah Kitty dalam keadaan berselerak, bekas air tumpah, tshirt pun terkeluar dari kotak. Penulis menjangkakan Kitty telah dikacau oleh kucing-kucing lain terumatanya kucing rumah sebelah. Nampak gayanya rumah ini kena dipindahkan ke rumah yux. Tetapi ada pulak kucing lain yang "menjajah" di hadapan rumah yux. Nak halau pun kesian dengan keadaan kucing tersebut yang terdapat kesan2 luka dan kaki yang tempang. Kesian Kitty dengan dirinya yang masih kecil berbanding dengan kucing2 lain. Tunggulah Kitty besar nanti, biar dia pulak buli kucing2 yang tua. ^^

p/s:Kitty ni kucing jantan. Yux yang bagi nama "Kitty". ^^




3/28/2008 08:35:00 AM

Panggilan Nama Binatang Kepada Manusia?

19 Comments »
Tiba2x ada satu topik yang ingin penulis sampaikan. Sebenarnya sudah lama penulis terlintas untuk membincangkan topik ini selepas membaca salah satu bahagian di dalam buku mastika. Kenyataannya adalah seperti begini, setiap kali perlawanan bola sepak diadakan mesti ada isu pergaduhan sedangkan setiap pasukan bola sepak diberi nama gelaran binatang(skuad gajah putih, harimau malaya, singa utara dan etc). Begitu la ayatnya, penulis sendiri pon ingat2 lupa.

Malah dalam kehidupan seharian, sesetengah daripada kita turut menggelarkan rakan2nya dengan nama binatang. Contoh faizal lembu, din katak, ali buaya, aminah badak air dan etc. Nama2 binatang juga digunakan untuk menyumpah seranah orang lain(babi,cipan,tenuk dan etc). Dan secara lazimnya, nama binatang memang digunakan untuk menyumpah seranah, dan bukan dalam bahasa kita sahaja, malah bahasa asing( bull shit, pig head dan etc). Tak perlulah penulis bagi contoh lebih2 sedangkan rakan2 pon sudah tahu dan boleh berfikir dengan sendiri.

Apakah perasaan orang yang dipanggil sebegitu rupa? Nama yang diberi oleh kedua-dua ibu bapa yang begitu cantik ditambah pula dengan panggilan binatang. Sebagai contoh "Nur" yang bererti cahaya dalam bahaya arab, ditambah dengan kambing, maka jadilah nur kambing @ cahaya kambing. Kalau la ibu bapa dengar, apa perasaan mereka apabila anak2 mereka dipanggil sebegitu rupa. Buat pengetahun rakan2, penulis bukannya ingin menyatakan ketidakpuashatian ataupun meluah perasaan. Sekadar memberitahu kepada rakan2 bahawa wajarkah kita memanggil rakan2 kita yang lain dengan panggilan binatang? Adakah rakan2 bahagia apabila diri rakan2 dipanggil dengan nama binatang juga? Jika ya, eloklah rakan2 letak terus nama kepada nama anak di dalam surat beranak ditambah dengan nama binatang. (***** beruang bin *****). Sudah terang lagi bersuluh, tidak perlu memberi gelaran kepada orang lain sedangkan nama dia dah memang macam itu.

Penulis cuba membuka fikiran rakan2 yang mana sebelum ini rakan2 mungkin tidak terlintas di fikiran pon apa yang penulis katakan ini. Malah penulis sendiri kesal apabila penulis pernah juga memanggil rakan2 penulis seperti yang dinyatakan.

Sekiranya rakan2 tidak dapat terima apa yang penulis sampaikan, sila la comment. Dan jika bersetuju, ubahlah amalan kita dengan tidak memanggil nama rakan2 kita dengan nama binatang.

You can see my smile, but you cannot see my feeling inside the smile. I can accept what people called me, but that is not my name. You can say I'm fat, ugly, hairy, but I'm not animal. You are my friends, but don't make you loosing me.
3/22/2008 12:40:00 AM

C.I.N.T.A ( Persoalan dan Jawapan)

3 Comments »
Soalan: Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah SUKA.

Soalan: Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah NAFSU.

Soalan: Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESEPIAN.

Soalan: Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESETIAAN.

Soalan: Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah BELAS KASIHAN.

Soalan: Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah TERGILA-GILA.

Soalan: Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah PERSAHABATAN.

Soalan: Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah DUSTA.

Soalan: Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KEMURAHAN HATI.

Tetapi...

Soalan: Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita tertarik dengan orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Jawapan: Yang demikian itulah namanya CINTA.

p/s:penulis petik artikel ini daripada salah seorang sahabat yang menghantar buletin di friendster.
3/17/2008 01:36:00 AM

Rahsia Lelaki

1 Comments »
Rahsia Lelaki yang perlu wanita tahu. ^^ mcm sambungan dari pjoy pulak.. hehe


1.lelaki tidak detail dlm percakapan

COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu mereka,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkas saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...
3/16/2008 12:34:00 PM