.:KFC oh KFC:.

2 Comments »
"It's finger lickin good", amatlah sesuai motto yang diberi kepada KFC kerana penulis sendiri telah membelanjakan duit untuk membelinya sebanyak 5 kali dalam masa 2 minggu semenjak berada di UMP.

Menu kesukaan penulis:-
  • Dinner Plate (3 pieces Chicken, 1 butter bun, 1 coleslaw, 1 whipped potato)
  • Cheezy Wedges
  • Jumlah : RM15.10

Namun adakah semua orang perasan bahawa harga makanan di KFC telah pun naik sedikit demi sedikit. Seingat dulu penulis boleh mendapat dinner plate dengan harga rm8.90, namun harga sekarang adalah RM11.00. Mungkin ramai yang tidak menyedari, dan mungkin tiada orang akan mempersoalkan. Sebab kalau dah minat, bayar lebih pun sanggup. ^^ Janji sedap~
7/22/2008 06:47:00 PM

.:1st RunneR Up Counter Strike ToUrNaMeNt:.

2 Comments »

Selesai sudah CS Tournament yang berlangsung di astaka UMP anjuran IEM yang bermula seawal 10.00 pagi dan berakhir kira2x jam 6 petang. Setiap kumpulan yang berdaftar terdiri daripada 5 orang ahli dan yuran adalah RM5 bagi setiap kumpulan.

Kumpulan penulis yang bernama KAOS dianggotai oleh amir(ketua),penulis, nik, ashraf dan juga "pok soh" atau nama sebenarnya alif zuwairi. Bermula di peringkat liga kumpulan, perlawanan pertama amatlah kekok kerana kami sudah setahun tidak bermain CS iaitu kali terakhir kami mendapat 1st runner up pada tahun lepas.

Perlawanan pertama kami bertemu dengan pasukan yang hebat, dengan sudah lama tidak bermain CS maka kami kalah di perlawanan pertama. Namun, 2 lagi perlawanan menunjukkan kekuasaan kami sepenuhnya dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Kami turut mendapat tentangan yang agak sengit di separuh akhir, namun kelebihan masih dipihak kami dengan pengalaman yang sedia ada. Sangat yang ditunggu2x dimana di peringkat akhir menemukan kami dengan juara kumpulan kami sebelum ini.

Kami cuba menebus kekalahan kami di peringkat awal, namun mereka lebih bernasib baik lalu menjuarai CS Tournament kali ini. Mungkin kerana kumpulan penulis tidak mempunyai persiapan dari segi latihan dan juga strategi, maka kami kalah dan menjadi 1st runner up buat kali kedua. Namun penguasaan dalam tempoh 3 tahun ini membuktikan kami masih berupaya dan mantap serta masih digeruni oleh mana2x pihak lawan. Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana bertungkus lumus dalam pertandingan ini. The End.

CS Tournament 2008 final result:-
Winner : *aaa* group
1st runner up : KAOS group
2nd runner up : inferno group

Best player : *aaa*summer
7/19/2008 08:30:00 PM

.:RM1200 hilang:.

3 Comments »
RM1200 hilang begitu sahaja dari akaun Bank Islam penulis. Fuuh~ Ditambah pula dengan PTPTN yang tiba2x sahaja mengambil RM350 dari jumlah pinjaman sebagai insurans sekiranya para peminjam meninggal dunia, maka penjamin tidak perlu membayar balik hutang.

Bagaimana RM1200 boleh hilang begitu sahaja?? Angkara siapa?? Jawapannya ialah penulis sendiri yang mengeluarkannya. ^^ Gara2x membeli Graphic Card baru iaitu Gigabyte 9600GT dan LCD LG 19", hilanglah duit itu begitu sahaja. GC yang sebelum ini telahpun menamatkan riwayat hidupnya semasa cuti hari itu. Malang, disusuli pula PC RAM 512mb yang turut mengikuti jejak langkahnya. Maka terpaksa penulis mengeluarkan RM68 untuk membeli Kingston DDR2 667 1GB. Haiz. Maka tamatlah kisah RM1200 yang hilang.

Gigabyte 9600GT


LG 19" FLATRON


KINGSTON DDR2 667 1GB


7/17/2008 11:02:00 PM

.:SeM bArU bErMulA:.

3 Comments »
Salam. Dah berbulan2x rasanya meninggalkan blogger tanpa sebarang tulisan. Haha. Semua orang tertanya2x adakah jeti usang telah dihanyut oleh arus ataupun tidak,jawapan dari penulis = mungkin ya mungkin tidak. ^^

ReDoNe, nama jolokan yang diberi oleh Mr. Ghana, pengajar Sun Certificate Java Programmer kerana beliau tidak tahu berBahasa Melayu. Maka amatlah susah untuk beliau untuk menulis nama penulis, Ridhuan dan akhirnya diringkaskan menjadi Redone. Red + One = ReDoNe. Maka "Penglipur Jeti Usang" telah diganti oleh "ReDoNe", kenapa?? Jawapannya.. tiada. ^^

p/s: PSM oh PSM. Masih tiada perkembangan, malah supervisor pun belum dijumpa. Haiz. Sempat lagi update blog, PSM tah kemana. ^^
7/17/2008 10:38:00 PM