.:1st RunneR Up Counter Strike ToUrNaMeNt:.

2 Comments »

Selesai sudah CS Tournament yang berlangsung di astaka UMP anjuran IEM yang bermula seawal 10.00 pagi dan berakhir kira2x jam 6 petang. Setiap kumpulan yang berdaftar terdiri daripada 5 orang ahli dan yuran adalah RM5 bagi setiap kumpulan.

Kumpulan penulis yang bernama KAOS dianggotai oleh amir(ketua),penulis, nik, ashraf dan juga "pok soh" atau nama sebenarnya alif zuwairi. Bermula di peringkat liga kumpulan, perlawanan pertama amatlah kekok kerana kami sudah setahun tidak bermain CS iaitu kali terakhir kami mendapat 1st runner up pada tahun lepas.

Perlawanan pertama kami bertemu dengan pasukan yang hebat, dengan sudah lama tidak bermain CS maka kami kalah di perlawanan pertama. Namun, 2 lagi perlawanan menunjukkan kekuasaan kami sepenuhnya dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Kami turut mendapat tentangan yang agak sengit di separuh akhir, namun kelebihan masih dipihak kami dengan pengalaman yang sedia ada. Sangat yang ditunggu2x dimana di peringkat akhir menemukan kami dengan juara kumpulan kami sebelum ini.

Kami cuba menebus kekalahan kami di peringkat awal, namun mereka lebih bernasib baik lalu menjuarai CS Tournament kali ini. Mungkin kerana kumpulan penulis tidak mempunyai persiapan dari segi latihan dan juga strategi, maka kami kalah dan menjadi 1st runner up buat kali kedua. Namun penguasaan dalam tempoh 3 tahun ini membuktikan kami masih berupaya dan mantap serta masih digeruni oleh mana2x pihak lawan. Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana bertungkus lumus dalam pertandingan ini. The End.

CS Tournament 2008 final result:-
Winner : *aaa* group
1st runner up : KAOS group
2nd runner up : inferno group

Best player : *aaa*summer
7/19/2008 08:30:00 PM

2 Responses to ".:1st RunneR Up Counter Strike ToUrNaMeNt:."

S.Azeem Ong Says :
July 20, 2008 at 6:30 AM

blah aa.

1st runner up jer? ape barang.

ekekekekeke

haha



tahniah2

Post a Comment