Balog'08 Seribu Kenangan Terukir

3 Comments »





Berlalulah sudah BBQ 3BCS yang lebih dikenali sebagai Balog'08 pada tanggal 20 April 2008. Balog'08 diterbitkan sempena tempat BBQ dilakukan iaitu di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Seramai 42 orang mahasiswa/i 3BCS telah bersama-sama menjayakan BBQ ini dan seribu kenangan terukir sepanjang hari tersebut. Terima kasih penulis ucapkan kepada rakan2 malah penulis sendiri salah seorang AJK Pelaksana yang merancang BBQ ini.

BBQ kali ini boleh dikatakan "grand" kerana begitu banyak makanan yang perlu dihabiskan. Antaranya ialah ayam bakar, sotong, udang, kerang, sosej dan ikan. Malah perkara yang tidak disangka2 berlaku di mana bapa penulis menyumbangkan lebih kurang 7 kilogram ikan kerisi termasuklah beberapa ekor ikan selayang beserta dengan 2 ekor ikan pari iaitu ikan pari helang dan ikan pari biasa. Ribuan terima kasih penulis ucapkan kerana pada awalnya penulis hanya meminta beberapa ekor ikan kerana beliau sering mendapat ikan percuma yang diberikan oleh nelayan apabila beliau bertugas di pelabuhan ikan mendarat iaitu sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM).

Kehadiran Encik Aziman beserta keluarga turut menyerikan program ini. Beliau yang turut menyumbangkan dana bagi program ini memberi sedikit peringatan kepada kami semua tentang masa depan masing2 melalui slot yang berlangsung kira2 15 minit itu. Sesi penggambaran turut dilakukan bersama dengan beliau sebagai tanda kenangan pada hari tersebut. Selepas itu, kami turut melakukan beberapa aktiviti "family day" antaranya "passing" belon yang berisi dengan air kebelakang, lari dalam guni, berlumba jalan berpasangan dengan sebelah kaki terikat antara satu sama lain, menarik guni(seolah2 permainan menarik upih pokok kelapa), bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Akhirnya setelah berpenat lelah, kami beramai2 terjun ke laut dan mandi sepuas2nya sehingga hari gelap.

Selepas mengemaskan tempat BBQ dan memastikan tiada barang yang tertinggal, kami bergerak ke masjid berdekatan untuk solat maghrib. Selepas itu, kami beramai2 menuju ke restoran yang dikenali sebagai Sekilau Corner yang dicadangkan oleh saudara syafiq untuk makan malam. Apabila tiba di restoran tersebut, suasana bertukar menjadi riuh rendah dengan kehadiran kami yang seramai 35 orang itu. Ada sesetengah daripada kami terpaksa balik awal kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan. Servis dan makanan yang disediakan oleh restoran amat baik bagi penulis kerana tidak perlu menunggu lama walaupun terdapat 35 orang yang memesan makanan. Selepas semuanya selesai, maka tibalah masa untuk kami berangkat pulang dan masing2 bergerak dengan hala tuju masing2. Penulis tiba di rumah kira2 pukul 11 malam dan dipertengahan jalan hujan begitu lebat sekali sedangkan semasa di pantai balok, cuaca begitu cerah sekali.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Balog'08 ini walaupun agak terlambat penulis menyiapkan post ini kerana masa tidak mengizinkan. Akhir kata, penulis berharap persahabatan yang dijalinkan sepanjang berada di UMP ini akan kekal selama-lamanya. Andai terdapat kesalahan atau tersalah kata dari penulis, maka ribuan kemaafan dipinta.

p/s: gambar2 BBQ boleh dilihat di blog pijoy. Tak sempat nk compress gambar lagi kerana gambar yang diambil oleh kamera DSLR mashi amatlah berkualiti dan amatlah besar size gambarnya. ^^
4/24/2008 10:11:00 PM

Salah siapa? Sufiah atau masyarakat?

0 Comments »

Masih belum terlambat untuk penulis membincangkan tajuk ini, sememangnya penulis ingin menunggu reaksi orang ramai berikutan isu Sufiah yang menjual tubuhnya untuk menyara kehidupan. Ramai yang menyalahkan beliau dan mengeji perbuatannya, sememangnya perbuatan beliau adalah terkeluar dari landasan agama. Namun, adakah mereka pernah tertanya2 apakah sebab mengapa beliau jadi begitu. Inilah cara pemikiran orang Melayu, suka mempersalahkan seseorang terburu2 tanpa usul periksa dan kerana Sufiah pernah dinobatkan kanak2 terpintar dalam matematik suatu ketika dulu, lagilah masyarakat mencaci2 beliau. Tak abis2 dengan cacian, sesetengah pemimpin mula melepaskan tangan tentang isu ini kerana sufiah telah menolak seruan untuk kembali ke jalan yang benar.

Apa yang menghairankan, terdapat pelajar2 tajaan kerajaaan mahupun NGO yang belajar di luar negara turut melakukan perbuatan2 tidak bermoral ini tetapi tidak pula dihangatkan. Yang membezakan sufiah dan mereka adalah sufiah pernah menjadi tumpuan kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada umur 13 tahun. Malah pada ketika itu, kerajaan sanggup membayar perbelanjaan pendidikan sufiah walaupun ayah sufiah pada masa itu terlibat dengan kegiatan penipuan. Oleh kerana ibu kepada sufiah adalah orang Melayu dan Islam, maka sufiah telah dijadikan idol kepada umat Islam pada masa itu. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi sekarang. Salah siapa?

Bagi penulis, kanak2 seumur 13 tahun tidak layak untuk memasuki mana2 universiti mahupun universiti tempatan. Pintar tidak semestinya berkelayakan, maksud penulis dari segi persediaan mental. Pelajar malaysia sendiri rata2 dikalangan mereka mengalami culture shock apabila memasuki alam siswazah yang ketika itu berumur sekurang2nya berumur 18 tahun untuk diploma. Tidak kira diploma ke, ijazah ke, master ke, lihatlah sendiri keadaan siswazah negara. Ada sesetengah daripada mereka masih tidak matang, tidak mampu membezakan baik buruk, tidak dapat menahan diri daripada terjebak daripada kegiatan2 tidak bermoral. Itu adalah situasi kepada seseorang yang sudah berumur 18 tahun dan ke atas. Berbanding dengan sufiah pada umur 13 tahun, penulis tidak dapat bayangkan bagaimana masyarakat ketika itu menggalakkan seorang kanak2 berumur 13tahun memasuki alam universiti. Masyarakat yang dimaksudkan oleh penulis adalah kerajaan, akhbar, media massa, orang ramai dan lain2. Lihatlah kesudahan kanak2 malang ini pada hari ini, sudahlah ditimpa malang dicaci2 pula oleh masyarakat yang pernah memuji2nya 11 tahun dahulu.

Dimana silapnya? Penulis sendiri tertanya2 adakah masyarakat terus mengambil tahu kehidupan sufiah selepas beliau memasuki universiti terkemuka tersebut. Selepas 11 tahun, barulah masyarakat digemparkan dengan berita malang tersebut. Tetapi sepanjang 11 tahun yang lalu, adakah mereka menjalankan tanggungjawab mereka ataupun bersikap lepas tangan. Sama2lah fikirkan dimana silapnya, bukannya terus mempersalahkannya.

Gambar sufiah bersama ayah dan kakaknya.

Gambar ibu bapa sufiah.


4/18/2008 05:20:00 PM

Sepetang Merawati Kitty

13 Comments »
Penulis pernah menceritakan kucing peliharaan penulis bersama saudara yus(yux) yang bernama kitty. Hari ini, kami berdua tekad hendak membawa kitty ke klinik haiwan kerana luka nya yang makin teruk dan penyakit mata yang dihadapinya. Ini disebabkan jangkitan daripada kucing lain yang selalu membuli kitty. Selain kami berdua, turut menyertai ekspedisi menyelamat adalah saudara hafizul(pijoy) dan saudara fahim(fahim).

Kira2 jam 3 petang, makalah bermula perjalanan kami ke kuantan untuk mencari klinik haiwan. Sebelum itu, kami meninggalkan pijoy di Tunas Mart kerana dia ingin menganalisa harga barang2 yang perlu dibeli sempena BBQ 3BCS nanti. Maka tinggallah penulis dibelakang sambil menjaga kitty yang diletak di dalam kotak (rumah yang pernah penulis ceritakan) bersama fahim sambil yux memandu kereta. Amat sukar untuk menjaga kitty yang sememangnya lincah dan nakal, malah ia adalah kali pertama kitty menaiki kereta dan menjejak diri ke bandar kuantan. Namun begitu, penulis berjaya menjinakkannya dan mententeramkan kitty supaya ia berada di dalam kotak dan akhirnya kitty tidur kerana bosan pergerakannya terbatas.

Setibanya kami di semambu, kami terjumpa sebuah klinik haiwan. Namun klinik tersebut hanya beroperasi dari 9 pagi sehingga 1 petang. Namun, disebalik kekecewaan datang seorang pakcik singh yang berada di kedai sebelah memberitahu bahawa terdapat sebuah lagi klinik haiwan di kuantan, iaitu berdekatan stesen minyak shell di jalan ke arah Teluk Cempedak dan perjalanan diteruskan bagi merawat penyakit yang kitty alami.


Kami bersyukur kerana klinik yang dicari2 akhirnya ditemui dan masih beroperasi. Penulis membawa kitty bersama kotaknya memasuki klinik tersebut bersama yux dan fahim. Doktor menyuruh agar mengeluarkan kitty dan meletakkannya di atas meja pembedehan untuk diperiksa. Setelah memeriksa kitty, doktor mengesahkan kitty menghadapi kanser kulit dan ianya amatlah jika tidak dirawat malah boleh berjangkit kepada manusia biasa. Doktor menitiskan ubat di tempat yang dijangkiti kanser tersebut dan memberikan kami sebuah botol kecil yang mengandungi ubat tersebut. Selain itu, kitty turut disuntik untuk mengubati matanya yang sakit. Hairan, kitty langsung tidak menunjukkan kesakitan ataupun tindak balas semasa disuntik oleh doktor dan dipegang oleh penulis sendiri. Akhirnya, doktor memberi kami ubat yang perlu diberi kitty makan setiap hari dan menyatakan bahawa terdapat lagi satu ubat makan yang perlu dibeli di farmasi biasa.

Yux dan fahim pergi menjelaskan bayaran sambil penulis menjaga kitty. Untuk perubatan kitty, kami telah dikenakan
rm59 iaitu harga ubat makan, ubat titis, suntikan dan rantai kitty yang baru(sampingan). Ubat yang perlu dibeli di farmasi pula berharga rm7 sebiji. @_@ begitu mahal ya ubat untuk haiwan, mengalahkan ubat untuk manusia. Namun, kami tidak singgah dimana2 farmasi dan meneruskan perjalanan pulang untuk mengambil pijoy di tunas mart.

Sempat kami singgah di jaya gading untuk membeli kertas A4 dan kertas biru yang dikirim oleh salah seorang sahabat.
Setibanya kami di rumah, kitty melonjak riang kerana "bebas" dari kongkongan di dalam kereta. Malah kitty kelihatan mabuk kerana menerima suntikan dan makan ubat yang diberikan doktor. Dan harapan kami, kitty akan pulih seperti biasa dan tiada jangkitan penyakit lagi.


Kitty bersama penulis

Keadaan kitty yang semakin teruk

Yux sedang memandu

Ekspedisi Menyelamat

Tidur lagi bagus~

Waa~ Dah sampai akhirnya!!

Yux bersama kitty kesayangannya.

Keadaan kitty selepas menerima rawatan. Bahagia nampaknya~

Lihat rantaiku, cantikkan~ (Kitty)

Meet uncle fahim~

Meet uncle pijoy~

Tidur lagi da~
4/11/2008 12:28:00 AM

Tarikh2 Penting Bagi PSM/PTA

0 Comments »
Berikut adalah tarikh2 yang rakan2 perlu tahu bagi sesiapa yang mengambil PSM/PTA bagi semester ini.

-11 April 2008-
Penghantaran Laporan ke Fakulti.(3 Salinan Laporan dan Buku Log)


-22 April 2008-
Pembentangan PSM 1


-12 Mei 2008-
Pembentangan PSM 2/PTA


-13-15 Mei 2008-
Tempoh Pembetulan Projek.


-16 Mei 2008-
Penghantaran Laporan Berjilid

Kepada rakan2, penulis mengucapkan selamat berjaya dan teruskan usaha anda dalam menyiapkan projek masing2. Gambatte kudasai~!
4/08/2008 02:35:00 PM

Glittnite.com 2008

0 Comments »
Glittnite.com

Malam yang sungguh bermakna kepada penulis, sebuah jamuan makan malam yang diserikan dengan kelipan2 fesyen dari para pelajar FSKKP iaitu malam Glittnite.com. Jamuan yang diadakan di Hotel Mega View, Kuantan disertai lebih kurang 150 orang pelajar termasuk staff FSKKP. Antaranya dekan FSKKP, timbalan dekan, para pensyarah dan staff2 yang menyokong aktiviti PETAKOM selama ini. Terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkankan masa untuk menyertai aktiviti pelajar ini.

Komen dari penulis tidak banyak, penulis katakan majlis pada malam ini adalah berjaya. Walaupun pilihan hotel tidak ternama, namun sebaliknya perkhidmatan yang diberikan adalah bagus dan makanannya turut sedap berbanding hotel2 yang lebih ternama contohnya Hotel Vistana. Dewan makan yang agak kecil namun dapat menampung kira2 200 orang tersebut tidak menghampakan penulis.

Majlis turut diserikan dengan persembahan para pelajar, tahniah penulis ucapkan kerana sememangnya pelajar FSKKP turut mempunyai bakat2 besar yang boleh diasah dan digilap lagi. Tidak lupa kepada para penerima anugerah dekan dan juga pemenang sukan intrafakulti baru2 ini, penulis ucapkan tahniah kerana penat lelah usaha anda akhirnya berbaloi apabila menyertai jamuan makan malam ini.

Namun, disebalik pujian masih ada kelemahan yang patut dibaiki oleh penganjur. Antaranya pemilihan pengacara majlis yang masih tiada pengalaman untuk mengawal aturcara majlis. Adalah penting didalam sesuatu majlis mempunyai pengacara yang dapat menarik minat hadirin dan menceriakan majlis. Namun begitu, penulis mengucapkan tahniah kepada 2 orang pengacara majlis tersebut yang dapat mengacara sehingga majlis selesai dan berani mengasah bakat untuk menjadi pengacara.

Akhir kata, penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur dan tahniah kerana dapat menjayakan majlis makan malam ini. ^^

p/s: sape2 kenal tak gadis bertudung merah baju kurung putih berbunga merah di meja adik siti hawa? haha..


Penglipur Jeti Usang

Jejaka Tampan 3BCS


Kekenyangan


Gelagat 3BCS


Juara Bola Sepak dan Bola Tampar


4/07/2008 12:00:00 AM

Suara Dari Penjara??

4 Comments »
Setelah sekian lama menyepikan diri, penulis kembali dengan 1 topik yang agak menarik. Tentu sekali rakan2 pernah terdengar satu lagu yang dinyanyikan oleh seorang banduan di penjara yang menanti hukuman gantung. Kesalahannya adalah membunuh bekas tunang bersama bekas kekasihnya dimana seminggu sebelum perkahwinan beliau dengan bekas tunangnya hendak berlangsung, bekas tunangnya memutuskan ikatan pertunangan tersebut dan kembali kepada kekasih lamanya. Kerana tidak dapat mengawal diri, maka banduan tersebut telah membunuh kedua-duanya. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung, dan beliau telah meminta seseorang merekodkan lagunya yang berkisar tentang kisah hidupnya.

Dan ramai di antara rakan2 penulis mengagungkan lagu tersebut kerana lagunya sedih dan menyayat hati. Bagi penulis, tidak sama sekali. Malah penulis sendiri tidak pernah menghayati lagu tersebut sepenuhnya. Cukuplah sekadar mendengarnya dipasang oleh teman sebilik penulis di speakernya.

Kenapa?? Alasannya cukup senang mengapa penulis berfikiran begitu, kerana dia adalah banduan yang telah membunuh orang. Bagi penulis, cukuplah sekadar mengetahui kisah hidupnya, tetapi tidak perlu mengagungkan lagu yang dinyanyikannya. Kerana penulis cukup benci kepada seseorang yang tidak dapat mengawal dirinya lalu menyebabkan kematian orang lain. Ya!! Ramai orang beranggapan bekas tunangnya bersalah dalam hal ini, bagi penulis tidak sama sekali. Beliau sedar bahawa perkahwinannya mungkin tidak menjamin kebahagiaan kerana beliau masih mempunyai perasaan kepada kekasih lama. Daripada membina sebuah perkahwinan tidak kukuh, eloklah mengelakkannya supaya tidak berlaku kepincangan rumah tangga dan lain2.

Kerana hilang kewarasan diri, maka terkorbanlah insan yang tidak berdosa. Bukan di dalam hal ini sahaja, contoh2 lain yang berada disekiling kita begitu banyak sekali. Berlumba di jalan raya, menculik kanak2 dan bertindak kejam ke atasnya, membuang bayi, merogol darah daging sendiri, membunuh anak sendiri dan sebagainya. Hilang kewarasan diri seperti marah adalah normal dan ianya normal apabila kita dapat mengawalnya, bukannya pergi mengamuk tidak tentu hala. "Adakah kita semakin kejam", pernah tertera di dalam mastika dan ianya menggambarkan bahawa dunia sekarang terlalu ramai orang bertindak dengan hilang kewarasan akal fikirannya. Fikir2kanlah~

p/s:penulis sememangnya ingin menulis blog, tetapi diri penulis yang tidak begitu tenteram menghalang penulis berbuat demikian. Kerana apabila menulis, penulis tidak akan menulis mengikut perasaan.
4/04/2008 09:11:00 AM