Suara Dari Penjara??

4 Comments »
Setelah sekian lama menyepikan diri, penulis kembali dengan 1 topik yang agak menarik. Tentu sekali rakan2 pernah terdengar satu lagu yang dinyanyikan oleh seorang banduan di penjara yang menanti hukuman gantung. Kesalahannya adalah membunuh bekas tunang bersama bekas kekasihnya dimana seminggu sebelum perkahwinan beliau dengan bekas tunangnya hendak berlangsung, bekas tunangnya memutuskan ikatan pertunangan tersebut dan kembali kepada kekasih lamanya. Kerana tidak dapat mengawal diri, maka banduan tersebut telah membunuh kedua-duanya. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung, dan beliau telah meminta seseorang merekodkan lagunya yang berkisar tentang kisah hidupnya.

Dan ramai di antara rakan2 penulis mengagungkan lagu tersebut kerana lagunya sedih dan menyayat hati. Bagi penulis, tidak sama sekali. Malah penulis sendiri tidak pernah menghayati lagu tersebut sepenuhnya. Cukuplah sekadar mendengarnya dipasang oleh teman sebilik penulis di speakernya.

Kenapa?? Alasannya cukup senang mengapa penulis berfikiran begitu, kerana dia adalah banduan yang telah membunuh orang. Bagi penulis, cukuplah sekadar mengetahui kisah hidupnya, tetapi tidak perlu mengagungkan lagu yang dinyanyikannya. Kerana penulis cukup benci kepada seseorang yang tidak dapat mengawal dirinya lalu menyebabkan kematian orang lain. Ya!! Ramai orang beranggapan bekas tunangnya bersalah dalam hal ini, bagi penulis tidak sama sekali. Beliau sedar bahawa perkahwinannya mungkin tidak menjamin kebahagiaan kerana beliau masih mempunyai perasaan kepada kekasih lama. Daripada membina sebuah perkahwinan tidak kukuh, eloklah mengelakkannya supaya tidak berlaku kepincangan rumah tangga dan lain2.

Kerana hilang kewarasan diri, maka terkorbanlah insan yang tidak berdosa. Bukan di dalam hal ini sahaja, contoh2 lain yang berada disekiling kita begitu banyak sekali. Berlumba di jalan raya, menculik kanak2 dan bertindak kejam ke atasnya, membuang bayi, merogol darah daging sendiri, membunuh anak sendiri dan sebagainya. Hilang kewarasan diri seperti marah adalah normal dan ianya normal apabila kita dapat mengawalnya, bukannya pergi mengamuk tidak tentu hala. "Adakah kita semakin kejam", pernah tertera di dalam mastika dan ianya menggambarkan bahawa dunia sekarang terlalu ramai orang bertindak dengan hilang kewarasan akal fikirannya. Fikir2kanlah~

p/s:penulis sememangnya ingin menulis blog, tetapi diri penulis yang tidak begitu tenteram menghalang penulis berbuat demikian. Kerana apabila menulis, penulis tidak akan menulis mengikut perasaan.
4/04/2008 09:11:00 AM

4 Responses to "Suara Dari Penjara??"

Anonymous Says :
April 5, 2008 at 11:34 PM

salam...
citer psl banduan 2 x de kne mengena pun ngan lagu ni..
actlly, lagu ni da dibuat n diregister under nme penciptanya iaitu ayie2023 in 1998....dia tkot ad org len amek karya asl dia..
then, ble lgu ni disebarkn oleh kwn2 dia di tenet...at da same time, kes yg banduan 2 pun jd mse 2...
dat y org ingt banduan 2 yg nyanyi...
penyanyi asl lgu ni x mati lg..
banduan 2 je yg da meninggal..innalillahiwainnailaihiraji'un....
klu nk taw lbih lnjut, tgk kt youtube..
taip ayie2023..

by: biskut

ReDoNe Says :
April 6, 2008 at 1:14 AM

hoho.. jadi vclip tu menipu je la.. cet.. time kasih kerana info..

yux Says :
April 6, 2008 at 10:36 AM

owh..gitu citernyer..aku agak la kn wan kn..anonymous tu msti banduan tu kn..serammm...hahaha

SpiderZMeN Says :
April 24, 2008 at 5:55 PM

pergh...ingatkan btul2 la mamat banduan tu yg nyanyi lagu tu..seram gak ah mule2 dgr..cehh...ku ditipu hidup2 (cam seram je bunyinye)haha..

Post a Comment