Sepetang Merawati Kitty

13 Comments »
Penulis pernah menceritakan kucing peliharaan penulis bersama saudara yus(yux) yang bernama kitty. Hari ini, kami berdua tekad hendak membawa kitty ke klinik haiwan kerana luka nya yang makin teruk dan penyakit mata yang dihadapinya. Ini disebabkan jangkitan daripada kucing lain yang selalu membuli kitty. Selain kami berdua, turut menyertai ekspedisi menyelamat adalah saudara hafizul(pijoy) dan saudara fahim(fahim).

Kira2 jam 3 petang, makalah bermula perjalanan kami ke kuantan untuk mencari klinik haiwan. Sebelum itu, kami meninggalkan pijoy di Tunas Mart kerana dia ingin menganalisa harga barang2 yang perlu dibeli sempena BBQ 3BCS nanti. Maka tinggallah penulis dibelakang sambil menjaga kitty yang diletak di dalam kotak (rumah yang pernah penulis ceritakan) bersama fahim sambil yux memandu kereta. Amat sukar untuk menjaga kitty yang sememangnya lincah dan nakal, malah ia adalah kali pertama kitty menaiki kereta dan menjejak diri ke bandar kuantan. Namun begitu, penulis berjaya menjinakkannya dan mententeramkan kitty supaya ia berada di dalam kotak dan akhirnya kitty tidur kerana bosan pergerakannya terbatas.

Setibanya kami di semambu, kami terjumpa sebuah klinik haiwan. Namun klinik tersebut hanya beroperasi dari 9 pagi sehingga 1 petang. Namun, disebalik kekecewaan datang seorang pakcik singh yang berada di kedai sebelah memberitahu bahawa terdapat sebuah lagi klinik haiwan di kuantan, iaitu berdekatan stesen minyak shell di jalan ke arah Teluk Cempedak dan perjalanan diteruskan bagi merawat penyakit yang kitty alami.


Kami bersyukur kerana klinik yang dicari2 akhirnya ditemui dan masih beroperasi. Penulis membawa kitty bersama kotaknya memasuki klinik tersebut bersama yux dan fahim. Doktor menyuruh agar mengeluarkan kitty dan meletakkannya di atas meja pembedehan untuk diperiksa. Setelah memeriksa kitty, doktor mengesahkan kitty menghadapi kanser kulit dan ianya amatlah jika tidak dirawat malah boleh berjangkit kepada manusia biasa. Doktor menitiskan ubat di tempat yang dijangkiti kanser tersebut dan memberikan kami sebuah botol kecil yang mengandungi ubat tersebut. Selain itu, kitty turut disuntik untuk mengubati matanya yang sakit. Hairan, kitty langsung tidak menunjukkan kesakitan ataupun tindak balas semasa disuntik oleh doktor dan dipegang oleh penulis sendiri. Akhirnya, doktor memberi kami ubat yang perlu diberi kitty makan setiap hari dan menyatakan bahawa terdapat lagi satu ubat makan yang perlu dibeli di farmasi biasa.

Yux dan fahim pergi menjelaskan bayaran sambil penulis menjaga kitty. Untuk perubatan kitty, kami telah dikenakan
rm59 iaitu harga ubat makan, ubat titis, suntikan dan rantai kitty yang baru(sampingan). Ubat yang perlu dibeli di farmasi pula berharga rm7 sebiji. @_@ begitu mahal ya ubat untuk haiwan, mengalahkan ubat untuk manusia. Namun, kami tidak singgah dimana2 farmasi dan meneruskan perjalanan pulang untuk mengambil pijoy di tunas mart.

Sempat kami singgah di jaya gading untuk membeli kertas A4 dan kertas biru yang dikirim oleh salah seorang sahabat.
Setibanya kami di rumah, kitty melonjak riang kerana "bebas" dari kongkongan di dalam kereta. Malah kitty kelihatan mabuk kerana menerima suntikan dan makan ubat yang diberikan doktor. Dan harapan kami, kitty akan pulih seperti biasa dan tiada jangkitan penyakit lagi.


Kitty bersama penulis

Keadaan kitty yang semakin teruk

Yux sedang memandu

Ekspedisi Menyelamat

Tidur lagi bagus~

Waa~ Dah sampai akhirnya!!

Yux bersama kitty kesayangannya.

Keadaan kitty selepas menerima rawatan. Bahagia nampaknya~

Lihat rantaiku, cantikkan~ (Kitty)

Meet uncle fahim~

Meet uncle pijoy~

Tidur lagi da~
4/11/2008 12:28:00 AM

13 Responses to "Sepetang Merawati Kitty"

dewihati Says :
April 11, 2008 at 2:44 PM

wah! bgs la kowang... aku x ske kucing sbnrnyeee... tp masa kecik2 lu.. ske r.. tp sbb die dh cakar aku kn dloo2 .. aku dh x ske.. tp aku ske.. rabbit... he~ aku ade rabbit ciko.. n ciki.. chumeyl2

' sLay Says :
April 12, 2008 at 2:47 AM

what? 59 bucks for a little kitty? huu...respect2...me also not like cat very much but to hear ur story like this make me speechless for a while...u left pijoy at tunas smart because of this little kitty?isk2...cian pijoy=p

Anonymous Says :
April 13, 2008 at 12:24 AM

gi klinik Bajan Sigh sape suruh..wakakaka.tu klinik pakar la.mmg mahal kat situ..klinik haiwan kat rtm tu yg pling murah sbb klinik krajaan..xpe2,smoga Allah memberi ganjaran pahala kpd kalian

mOOn Says :
April 13, 2008 at 12:44 AM

hmm.. 2 lar alep..lg untung jd kitty sbnarnye..hahaha...

ReDoNe Says :
April 13, 2008 at 7:52 PM

takpe.. asalkan kitty sembuh.. ^^ bukan aku sgj drop la alip, die mmg nk g situ.. adei..

Anonymous Says :
April 14, 2008 at 10:01 AM

sekadar renungan!!

Kucing ada dua macam. Ada yang liar dan ada juga yang jinak. Yang jinak banyak dipelihara orang. Bahkan salah seorang sahabat Nabi SAW, memelihara kucing. Abu Hurairah yang dijuluki sebagai si penyantun/pemilik kucing kecil justru lebih dikenal karena dia didapati Nabi menggendong seekor kucing. Memelihara kucing adalah salah satu amalan terpuji. Bahkan Nabi bersabda bawa ada seorang wanita yang masuk ke neraka karena mengurung kucing, tidak memberinya makan dan tidak pula melepaskannya untuk mencari sendiri makan.

Di sisi lain, ulama berbeda pendapat tentang memakan daging kucing. Imam Malik berpendapat bahwa makruh memakan daging kucing baik yang liar maupun yang jinak. Sedang dalam pandangan mazhab Hanafi dan mayoritas ulama, haram memakannya baik yang jinak maupun yang liar. Hal ini didasarkan Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah melalui sahabat Nabi Jabir bin Abdillah, bahwa Nabis SAW melarang umatnya memakan kucing dan memakan harganya, karena dia melawan dengan taringnya. Hadis ini dinilai lemah oleh sementara ulama.

Ada ulama bermazhab Syafi'i yang menilai bahwa kucing liar boleh dimakan dan yang jinak tidak. Nah jika Anda menganut pendapat Imam Malik, maka boleh-boleh saja memperjual belikan kucing baik sebagai binatang peliharaan maupun untuk dimakan. Berbeda dengan pendapat lain yang melarang memakannya, bahkan menggunakan uang hasil penjualannya. Hemat penulis, tidak ada salahnya membudidayakan kucing dan memperjual belikannya sebagai binatang peliharaan, bukan untuk bahan makanan. Ini karena Hadis Nabi SAW yang melarang memakan bintang bertaring cukup kuat untuk dijadikan dalil melarang memakannnya. Sedangkan pemeliharaan kucing dan memberi kasih sayang kepada bintang, sangat dibenarkan oleh Islam, - walaupun anjing - dan praktik sahabat Abu Hurairah cukup jelas menunjang hal tersebut. Demikian. Wa Allah A'lam.

by: biskut

Anonymous Says :
April 14, 2008 at 10:03 AM

BUDIN VS KUCING, Siapa Handal?
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemujodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumahdengan siulan mengikut rentah lagu 'Cindai' nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lebih jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala selekoh habis dirempit dan akhirnya si Tompokdibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuhsuspen lagi berdebar-debar. ..Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

mAshe Says :
April 16, 2008 at 1:25 AM

Ok, riddle me this..
First of all.. Sape yg insane sangat nk makan kuceng???
Second of all, what stupid insecure grown man bleh bwang kuceng sebab jealousy???

S.Azeem Ong Says :
April 19, 2008 at 7:14 PM

spe mkn kuceng? = rmai pendatang asing mkn kucin. wakle..


which stupid insecure grown man bleh bwang kuceng sbb jealosy? = since he's stupid + insecure (eventhough he's grown up) = dia akn buang kucing.


time kasih krn mnjawap soklan scra rela + percuma. ya. saya bijak. huehuehue

Anonymous Says :
April 25, 2008 at 8:47 AM

wow mmg bijak yer en subzero kite ni.kagum!

anyway, wahhh..tabik la kt u guys.
sanggup abes rm56 kt situ.x sangka tol.penyayang benar.leh bt calon suami!

dun get me wrong.tgh puji ni. =]

ReDoNe Says :
April 26, 2008 at 4:17 PM

thx kak kim.. mmg bole jd calon suami, tp xde org sudi.. wakakaka.. ^^

Suburbanzero Says :
May 17, 2008 at 11:25 PM

kucing comel...aaaaa...bg aku arr aku bawak balik umah aku

Post a Comment