Balog'08 Seribu Kenangan Terukir

3 Comments »





Berlalulah sudah BBQ 3BCS yang lebih dikenali sebagai Balog'08 pada tanggal 20 April 2008. Balog'08 diterbitkan sempena tempat BBQ dilakukan iaitu di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Seramai 42 orang mahasiswa/i 3BCS telah bersama-sama menjayakan BBQ ini dan seribu kenangan terukir sepanjang hari tersebut. Terima kasih penulis ucapkan kepada rakan2 malah penulis sendiri salah seorang AJK Pelaksana yang merancang BBQ ini.

BBQ kali ini boleh dikatakan "grand" kerana begitu banyak makanan yang perlu dihabiskan. Antaranya ialah ayam bakar, sotong, udang, kerang, sosej dan ikan. Malah perkara yang tidak disangka2 berlaku di mana bapa penulis menyumbangkan lebih kurang 7 kilogram ikan kerisi termasuklah beberapa ekor ikan selayang beserta dengan 2 ekor ikan pari iaitu ikan pari helang dan ikan pari biasa. Ribuan terima kasih penulis ucapkan kerana pada awalnya penulis hanya meminta beberapa ekor ikan kerana beliau sering mendapat ikan percuma yang diberikan oleh nelayan apabila beliau bertugas di pelabuhan ikan mendarat iaitu sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM).

Kehadiran Encik Aziman beserta keluarga turut menyerikan program ini. Beliau yang turut menyumbangkan dana bagi program ini memberi sedikit peringatan kepada kami semua tentang masa depan masing2 melalui slot yang berlangsung kira2 15 minit itu. Sesi penggambaran turut dilakukan bersama dengan beliau sebagai tanda kenangan pada hari tersebut. Selepas itu, kami turut melakukan beberapa aktiviti "family day" antaranya "passing" belon yang berisi dengan air kebelakang, lari dalam guni, berlumba jalan berpasangan dengan sebelah kaki terikat antara satu sama lain, menarik guni(seolah2 permainan menarik upih pokok kelapa), bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Akhirnya setelah berpenat lelah, kami beramai2 terjun ke laut dan mandi sepuas2nya sehingga hari gelap.

Selepas mengemaskan tempat BBQ dan memastikan tiada barang yang tertinggal, kami bergerak ke masjid berdekatan untuk solat maghrib. Selepas itu, kami beramai2 menuju ke restoran yang dikenali sebagai Sekilau Corner yang dicadangkan oleh saudara syafiq untuk makan malam. Apabila tiba di restoran tersebut, suasana bertukar menjadi riuh rendah dengan kehadiran kami yang seramai 35 orang itu. Ada sesetengah daripada kami terpaksa balik awal kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan. Servis dan makanan yang disediakan oleh restoran amat baik bagi penulis kerana tidak perlu menunggu lama walaupun terdapat 35 orang yang memesan makanan. Selepas semuanya selesai, maka tibalah masa untuk kami berangkat pulang dan masing2 bergerak dengan hala tuju masing2. Penulis tiba di rumah kira2 pukul 11 malam dan dipertengahan jalan hujan begitu lebat sekali sedangkan semasa di pantai balok, cuaca begitu cerah sekali.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Balog'08 ini walaupun agak terlambat penulis menyiapkan post ini kerana masa tidak mengizinkan. Akhir kata, penulis berharap persahabatan yang dijalinkan sepanjang berada di UMP ini akan kekal selama-lamanya. Andai terdapat kesalahan atau tersalah kata dari penulis, maka ribuan kemaafan dipinta.

p/s: gambar2 BBQ boleh dilihat di blog pijoy. Tak sempat nk compress gambar lagi kerana gambar yang diambil oleh kamera DSLR mashi amatlah berkualiti dan amatlah besar size gambarnya. ^^
4/24/2008 10:11:00 PM

3 Responses to "Balog'08 Seribu Kenangan Terukir"

Pjoyz Zul Says :
April 26, 2008 at 11:50 AM

TQ kepada ayah wan diatas sumbangan yang diluar jangkaan.

Anonymous Says :
April 30, 2008 at 1:20 AM

btl2..ske ak dpt ikn pari tu..sdp..

mOOn Says :
April 30, 2008 at 6:15 PM

ye r gee..ko mkn je..hahaha..

Post a Comment