Steady Week not Study Week Part 1

9 Comments »
^^ Penulis terpaksa menggabungkan beberapa entri kerana kesuntukan masa untuk menulis. Maka terciptalah idea tentang entri terbaru iaitu "Steady Week not Study Week" yang menjadi rumusan kepada peristiwa2 yang berlaku sepanjang minggu belajar. Permulaan minggu belajar adalah selepas Balog'08 dijalankan, namun adakah penulis mula mengulangkaji pelajaran. Oh tidak!! Amatlah mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Hari Isnin dan Selasa penulis penuhkan jadual dengan bermain game komputer (DotA,WoW), tidur, makan dan sebagainya. Rangkaian UMP yang bermasalah menyebabkan penulis amatlah kebosanan. Mujurlah datang hero di saat2 akhir yang baru tiba dari kampung halamannya di Johor iaitu sahabat penulis, Alief pada jam 11.30 malam.

Alief mengajak penulis beserta beberapa orang lagi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Barcelona dan Manchester United iaitu separuh akhir pertama liga juara-juara. Selepas mencapai persetujuan, maka penulis, alief, hafizul dan juga ashraf berangkat la ke destinasi yang dituju. Oleh kerana perlawanan bermula jam 3 pagi, maka kami pun mencari tempat melepak untuk menunggu perlawanan tersebut.

Alief yang ketika itu sedang memandu kereta kancilnya mengambil jalan menuju ke arah bandar Pekan. Selepas beberapa ketika, beliau memberhentikan kereta di sebuah restoran di kawasan perumahan. Kami pun melepak di restoran tersebut sambil menyaksikan perlawanan tinju muay thai di kaca televisyen. Jam menunjukkan hampir 2.15 pagi. Maka kami pun mula menuju ke bandar Kuantan untuk mencari restoran bagi melihat perlawanan bola sepak tersebut. Oleh kerana malam tersebut bukan malam minggu, maka banyaklah restoran yang tidak dibuka. Namun, kami akhirnya menjumpai tempat yang sesuai iaitu di restoran Taj berdekatan dengan Mydin Kuantan. Malah meja yang kami duduk betul2 dihadapan televisyen.

Sambil menunggu perlawanan bermula, penulis sempat memesan teh tarik berserta roti canai kosong 2 keping untuk mengisi perut yang kelaparan. Tepat jam 3 pagi, maka bermula lah perlawanan antara kedua-dua buah pasukan tersebut. Malah, Barcelona dilihat menguasai rentak perlawanan dan beberapa cubaan menarik dihasilkan, namun tiada jaringan gol dibuat. Keadaan Manchester United yang agak tegang apabila penalti yang diberikan kepada Ronaldo pada awal minit pertama tidak disudahkan dengan sempurna. Keputusan perlawanan tersebut berakhir dengan seri, walaubagaimanapun kami tetap puas hati dengan perlawanan malam ini. Selepas itu, kami berangkat pulang ke UMP yang tercinta.


Penglipur Jeti Usang + Coretan Pena Biru


Alief yang kontrol macho.


Seraf yang sengal.
5/01/2008 09:00:00 PM

9 Responses to "Steady Week not Study Week Part 1"

' sLay Says :
May 2, 2008 at 12:12 AM

Kesian kt korang kna pakse ngan aku pegi tgk bola...haha

ReDoNe Says :
May 2, 2008 at 9:09 AM

haha.. bukan dipkse la.. ^^ dikerah tenaga.. wakaka..

Anonymous Says :
May 2, 2008 at 1:50 PM

suke2 ati ckp aku sengal...
nate blind..
hahaha..

Pjoyz Zul Says :
May 2, 2008 at 7:47 PM

Patut cakap seraf dengan jaket aku yang dipinjamnya. hahahahaha

ReDoNe Says :
May 2, 2008 at 7:59 PM

wakaka.. nanti aku edit.. ^^

Sabrina Says :
May 2, 2008 at 8:20 PM

adei...mati mati aku ingat nak citer pasal study..rupenyer..pasal tgk bola.. haish... tajuk tak sesuai ni wan.. meng-confuse-kan manusia. hehehe.

ReDoNe Says :
May 2, 2008 at 9:56 PM

kan aku tulis "steady week not study week".. ko tak paham ni sab.. haha..

Sabrina Says :
May 3, 2008 at 12:17 AM

ek? wahahhahaha

aku nampak study week je..

tak nampak part "steady weak NOT"

hahaha.

tula..laju sangat bace.. tup tup sampai blakang terus. hehe.

Anonymous Says :
May 20, 2008 at 9:40 AM

x edit2 pun lg...
koya nk edit..
dekpun, kuat sgt main dota..
haha..

Post a Comment