Bakat Anda Mengganggu Ketenteraman Orang Lain?

0 Comments »
Setelah lama menyepi, penulis ingin berkongsi satu persoalan bersama rakan2. Seperti yang tertera di atas, apakah maksud di sebalik persoalan yang ditujukan oleh penulis. Mungkin rakan2 sudah dapat menduga apa yang penulis ingin sampaikan.

Bakat adalah sesuatu yang dianugerahkan kepada setiap orang dari banyak segi dan aspek. Bakat dalam bidang nyanyian, melukis, bermain alatan muzik dan sebagainya. Malah kita digalakkan untuk menonjolkan bakat masing-masing supaya bakat kita dapat diasah dan dihargai oleh orang lain. Namun ada caranya untuk menonjolkan bakat tersebut iaitu dengan menyertai pertandingan yang diadakan dan sebagainya.

Yang menjadi masalah apabila ada sesetengah daripada kita ingin menonjolkan bakat masing2 tidak kira tempat dan waktu. Setiap hari penulis didendangkan dengan alunan-alunan muzik yang diterbitkan daripada petikan gitar. Penulis menghargai bakat gitaris tersebut, namun tidakkah ia nya mengganggu ketenteraman orang lain dengan bermainnya hampir setiap waktu dan masa dengan bunyi yang agak kuat malah kadang2 sehingga lewat malam masih kedengaran petikan gitar tersebut.

Penulis meminta agar silalah bertimbangrasa dengan orang lain. Jangan jadikan kewujudan anda sebagai satu masalah kepada orang lain dan amatlah rugi jika anda mempunyai bakat yang tersembunyi, namun orang lain tidak menghargainya.

3/28/2008 10:31:00 PM

0 Responses to "Bakat Anda Mengganggu Ketenteraman Orang Lain?"

Post a Comment