Komputer semakin memahami manusia?

0 Comments »
Tajuk yg agak best kpd pengguna2 teknologi sekalian. "KOMPUTER di masa depan akan mempunyai berat tidak lebih daripada 1.5 tan." itu adalah ramalan yang dibuat oleh majalah sains Popular Mechanics pada tahun 1949.

Dan zaman skrg ramalan itu terbukti dengan adanya komputer yang kecil malah boleh dibawa kemana shj. Contohnya personal computer(PC)dan laptop. Berikut adalah sejarah terbinanya teknologi yang hebat ini:-
  • 1822 - Bapa komputer ialah Charles Babbage iaitu pencipta bagi arahan Start dan Reboot yang telah mencipta alat pengiraan matematik mengikut hukum logaritma yang menjadi asas kepada pembangunan komputer moden.
  • 1937 - Dr. John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.
  • 1946 - Dr. John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 vacum tube dan seberat 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.
  • 1958 - Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.
  • 1964 - Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC
  • (Intergrated Chip) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.
  • 1970 - Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration) diperkenalkan. Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15000 litar.
  • 1975 - Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih digunakan hingga ke hari ini.
  • 1981 - IBM memperkenalkan PC (Personal Computer) yang pertama.
  • 1983 - Microsoft memperkenalkan Windows, iaitu paparan GUI untuk sistem operasi MS-DOS yang digunakan bersama IBM PC.
  • 1984 - IBM memperkenalkan komputer peribadi bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286.
  • 1989 - Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor di dalamnya.

Mungkin ramai yang tak percaya bahawa saiz sebuah komputer pada awal kemunculannya adalah sebesar saiz bilik tidur dan beratnya dianggarkan 30tan. Mungkin rakan2 tersenyum sinis kerana pada masa skrg sebuah komputer boleh didapati dengan saiz tapak tangan. Tp itulah hakikatnya.

Disini penulis ingin berkongsi kpd rakan2 mengenai teknologi terkini yg terdapat di dunia komputer:-
  • Penyelidik dari Institut Fraunhofer untuk Teknologi Media Digital di Ilmenau, Jerman telah mempamerkan perisian mereka di CeBIT yang boleh menganalisis koleksi MP3 paling diminati pengguna dan memainkan MP3 berdasaarkan mood pengguna dan mengikut keadaan pada masa itu.
  • Sebuah alat kawalan yang dibangunkan oleh penyelidik di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat telah membangunkan teknologi yang membolehkan pengguna komputer memanipulasikan imej tiga dimensi untuk menjelajah persekitaran maya menggunakan cahaya, bunyi dan sentuhan.
  • Aplikasi Nepomuk yang diperkenalkan oleh Pusat Penyelidikan LS3, University of Hannover cuba mengenali lebih mendalam data-data yang disimpan dalam komputer untuk membolehkan ia melahirkan ‘desktop semantik.’ Maksudnya adalah paparan desktop akan bertukar mengikut kesesuaian pengguna pada masa itu, bekerja, membuat penyelidikan dan membuat multi tasking dalam 1 masa.

Penulis memetik info2 ini daripada laman web utusan pada hari ini, dan ingin membuat kesimpulan bahawa bidang teknologi komputer adalah begitu luas. Tp mengapa terdapat graduan teknologi komputer masih menanam anggur di kampung? Fikir2kanlah~
3/10/2008 06:04:00 PM

0 Responses to "Komputer semakin memahami manusia?"

Post a Comment