Taiyou No Uta (Song of The Sun)

7 Comments »
Drama Title : Taiyou No Uta(Song of The Sun)
Rating : 5 of 5
Genre : Romance, Friendship
Actor/Actress : Sawajiri Erika, Takashi Tsukamoto
Total Episode : 10


Drama jepun yg pertama penulis tonton dan drama yg menarik minat penulis utk menjadi fanatik drama jepun. Drama yg dilakonlah oleh Sawajiri Erika sebagai Kaoru Amane, iaitu seorng gadis menghidapi penyakit xeroderma pigmentosum (XP), yg menyebabkan beliau tidak boleh terkena pancaran ultraviolet secara terus atau lebih senang tidak boleh kena cahaya matahari. Beliau mempunyai minat yg mendalam dalam bidang nyanyian dan juga pemain gitar yg bagus.

Minatnya bermula apabila beliau mengutip sebuah gitar yg dibuang oleh seorang jejaka, Koji Fujishiro(Takashi Tsukamoto) dihadapan sebuah hospital ketika beliau sedang menjalani rawatan pada ketika itu. Sejak itu Kaoru mula berlatih bermain gitar dan menyanyi sehinggakan setiap malam Kaoru akan membuat Live Solo di hadapan sebuah stesen keretapi.

Pada suatu malam, takdir menemukan 2 orang ini dan mereka mula mengenali satu sama lain. Setiap pagi Kaoru akan melihat Koji melintas di hadapan rumahnya melalui tingkap biliknya tanpa diketahui Koji di mana Kaoru mula menaruh minat kepadanya. Koji turut meluahkan impian beliau utk merekodkan cd utk Kaoru dan memasarkannya. Apabila cinta mula berputik, mereka diuji dengan pelbagai dugaan dimana bekas kekasih Koji kembali ke pangkuan beliau setelah meninggalkan Koji utk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi. Akhirnya sebuah syarikat tertarik dengan lagu yg dinyanyikan oleh Kaoru, tetapi syarikat tersebut juga merupakan syarikat yg menaikkan nama bekas kekasih Koji dimana kerjayanya hampir berakhir.

Adakah Kaoru dan Koji dapat merealisasikan impian mereka dan bolehkah mereka melalui pelbagai dugaan sedangkan penyakit Kaoru semakin lama semakin membataskan dirinya? Utk mengetahui kesudahan cerita ini, rakan2 kenalah tonton sdiri dan menghayatinya. ^^

p/s:penulis akan review drama jepun dari yg lama sehingga la yg terbaru penulis tgk. Drama ini agak lama, tapi mungkin ade rakan2 yang belum tengok drama ini. ^^
3/12/2008 04:09:00 PM

7 Responses to "Taiyou No Uta (Song of The Sun)"

sky&kyo Says :
March 13, 2008 at 7:53 PM

"Taiyou No Uta" is inspiring ;)

hee...

dewihati Says :
March 14, 2008 at 11:53 AM

wan2.. nk la cter neeee... cm sedap jek bunyi nyee....

Anonymous Says :
March 14, 2008 at 12:56 PM

Ye la Wan.. Bagos2 review cter lame2.. Aku pn xtgk agi cter neh..

ReDoNe Says :
March 14, 2008 at 1:56 PM

laa.. xtgk lg ke cite ni.. hmm.. aku da delete sbenanye.. tp nanti aku try tanye sape2 yg smpn lg..

ReDoNe Says :
March 14, 2008 at 2:28 PM

da ade cite tu.. nanti aku tmbh download section.. hehe..

Anonymous Says :
March 15, 2008 at 1:41 AM

waaa.. wan bagos laa..phm kehendak pengguna.. =p seswai sguh jd Software Engineer.. =]

All NadZiriN Says :
April 2, 2008 at 3:54 AM

weh maju nih!buh lgh pasa2 cito jepun hok upcaming mak wan!...

Post a Comment