Pelajar vs Staff + Muda vs Tua

2 Comments »
1 insiden berlaku pada hari jumaat hari tu, kira2 jam 12.30 tgh hari dimana motorsikal ex5 housemateku telah dirempuh oleh sebuah pacuan 4 roda(Storm) dihadapan cafe kk2. Member dia pinjam motor utk membeli mknn di cafe sblm sembahyang jumaat.

Tiba-tiba sebuah Storm melanggar motorsikal yg pegun dlm keadaan parking dihdpn cafe. Ape jenis pemandu la yg bwk Storm tu. Dengar citenye storm tu nk masuk @ kuar dari parking. Bhgn motor yg kene langgar ialah dari tepi, mudguard motor pecah sbb motor jatuh. Jd motor tu dibawa ke rumahku dan housemateku kuar la. Dgn muka tidak bersalah, pemandu storm marah kpd housemateku dan rakannya kerana mereka mintak no IC utk memudahkn kalu terjadi pape nanti. Standard la bile kemalangan terjadi, perkara 1st perlu buat iaitu amek no plat kenderaan + no IC serta kontek no org yg langgar kite tu.

Pemandu tersebut menyifatkan housemateku kurang ajar dan menegaskan beliau adalah staff contractor disini yg da bekerja bermula nya U ini ditubuhkan. Malah ganti rugi tidak diberikan, pemandu itu terus pergi selepas "dihalau" oleh housemate kerane tidak thn dgn pemandu tersebut yg bertindak seolah2 dia tidak bersalah. Akhirnya, housemateku kuar la ke kedai motor berdekatan dan dikenakan charge RM50(mudguard + no plat) baru.

Ttp ade pulak 1 insiden sblm die smpt kuar, di pertengahan jln iaitu di post guard kk2 beliau ditahan oleh pak guard. Pak guard tersebut bertanyakan adakah motor ini yg dilanggar tgh hari td. Housemateku menjawab ya. Pak guard tersbut berkata bahawa terdpt seorg staff td yg komplen kepadanya pelajar UMP kurang ajar dlm keadaan marah2. Yg ajaibnya, pak guard pula menasihati housemateku dan berkata jika berlaku insiden mcmni, sila lapor kpd pak guard yg bertugas. Boleh harap ke kpd pak guard ni?? Sdgkn kecurian motor + laptop + LCD Projector penah berlaku dan sedang berlaku di UMP, jd pkr2kan lah..

Cube rakan2 berada di tempat spt ini, aku rase tindakan same pn patut diambil. Malah aku sendiri yg penah terlibat dlm kemalangan, tidak tahu perkara yg sepatutnya perlu dibuat pada kali pertamanya. Nasib baiklah ade org ramai yg menolongku pada waktu itu dan akhirnya perkara itu selesai. Dan aku rase masih bersalah smpai skrg wlpn tiada kmlgn jiwa.

Ape yg aku ingin highlightkan disini, adakah manusia semakin tiada rase bersalah + bertanggungjawab dgn kesalahan masing2x, malah meletakkan kesalahan sdiri kpd org lain. Adakah setelah bekerja ataupn telah menjadi staff, sudah ckup menganggap diri terlalu hebat berbanding kami yg sedang belajar iaitu mahasiswa/i? Adakah org yg lebih tua tidak perlu menerima kesalahan mereka lakukan kpd org yg lebih muda dan bersifat lebih bertolak ansur? Pikir2 kan lah~

p/s:1st post dari aku, jika byk kekurangan harap dimaafkan. 1st time blogging. Housemate aku dlm cite ni pn xcaye. Keh3x.
3/08/2008 11:20:00 PM

2 Responses to "Pelajar vs Staff + Muda vs Tua"

S.Azeem Ong Says :
March 9, 2008 at 11:08 AM

wahahaha. btol2. mmg sial mulut dia. ada 1 lagi hg lupa. lpas abih tu dia introduce diri dia 'nama saya I _ _ _ _ _ _ _.' so aku ckp a nama aku pe. pstu salam aa dgn dia (bese la aku kn dr golongan professional). mmber aku tu nk salam dgn dia.. dia xnk lak. kbtulan lak mmber aku tu indian. mangkuk tu xnk salam, msuk keta. pstu kata 'kita sesama Islam ok la. hg jgn dok kawn dgn bkn islam tu. kurang ajar'

bapiq tol. sapa yg kurang ajar skrg.

Sabrina Says :
March 9, 2008 at 11:51 AM

hmm... ini lah yg terjadi bile yg tua tidak respect yg mude... macam mane lah yg mude nak respect org tua...

hormat-menghormati itu penting..
fikiran terbuka itu penting..

sekian. hehe

p/s: wa wa wa...wan dah ade blog baru lah. hehe. welcome!

Post a Comment