C.I.N.T.A ( Persoalan dan Jawapan)

3 Comments »
Soalan: Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah SUKA.

Soalan: Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah NAFSU.

Soalan: Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESEPIAN.

Soalan: Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KESETIAAN.

Soalan: Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah BELAS KASIHAN.

Soalan: Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah TERGILA-GILA.

Soalan: Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah PERSAHABATAN.

Soalan: Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah DUSTA.

Soalan: Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Jawapan: Itu bukan CINTA, itu adalah KEMURAHAN HATI.

Tetapi...

Soalan: Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita tertarik dengan orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
Jawapan: Jika demikian, itulah CINTA.

Soalan: Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Jawapan: Yang demikian itulah namanya CINTA.

p/s:penulis petik artikel ini daripada salah seorang sahabat yang menghantar buletin di friendster.
3/17/2008 01:36:00 AM

3 Responses to "C.I.N.T.A ( Persoalan dan Jawapan)"

Pjoyz Zul Says :
March 19, 2008 at 12:53 AM

Entri jiwang cam syial... sejak bila ko jadi jiwang ginih haa... hahahah... x rock la...

S.Azeem Ong Says :
March 28, 2008 at 6:07 AM

rock bakpo rock. rock tetapi jiwa pink. wakakakaka

Post a Comment