Tips menjaga kesihatan mata apabila berada dihapadan komputer

0 Comments »
Sudah lama penulis tak posting, agak sibuk dengan assignment dan juga group project. ^^ hari ini penulis ingin berkongsi dengan rakan2 tips2 menjaga kesihatan mata apabila berada dihapadan komputer. Sumber ini penulis petik dari blog yang penulis jumpa dan sesuai dengan kehidupan seorang penuntut Ijazah Sains Komputer. Tipsnya adalah seperti berikut:-

  • Bekerja didalam ruangan yang cukup cahaya.
Maksudnya rakan2 dinasihatkan tidak berada dalam bilik dengan cahaya yang terlalu terang ataupun terlalu gelap. Gunakan langsir untuk mengawal kadar kemasukan cahaya dari tingkap atau memasang lampu apabila redup dan gelap supaya mata rakan2 tidak terlalu bekerja keras dan tidak letih. Mata yang letih akan menyebabkan cepat rasa mengantuk.

  • Periksa monitor.
Sila pastikan monitor rakan2 berada dalam keadaan baik. Iaitu tidak berkedip2x, gambar tidak muram dan cahayanya tidak menyakitkan mata rakan2. Sekiranya berlaku kejadian sedemikian, eloklah rakan2 membaiki atau mengganti baru supaya kesihatan mata terjamin.

  • Gunakan filter monitor.
Filter monitor berfungsi sebagai penapis bagi mengurangi radiasi dan juga sinar yang dipancarkan daripada monitor. Kebanyakan monitor2 lama digalakkan memakai filter kerana monitor2 zaman sekarang sudah dilengkapi filter didalamnya. Namun untuk langkah berjaga-jaga, eloklah pasang filter kepada monitor rakan2.

  • Letakkan kertas kerja supaya mudah dibaca dengan posisi monitor.
Rakan2 dinasihatkan meletak kertas kerja yang hendak ditaip atau sebarang rujukan berdekatan dengan monitor dan seimbang supaya rakan2 tidak perlu mengubah fokus pandangan berulang kali. Posisi monitor juga perlu sesuai iaitu diantara 10-15 darjah dari posisi sejajar dengan pandangan lurus.

  • Bekerja dengan font yang besar.
Jangan paksa mata rakan2 untuk membaca tulisan yang halus dan kecil kerana mata rakan2 bukanlah mikroskop untuk membaca tulisan2 pada monitor. Gunakan zoom yang bersesuaian bagi memudahkan rakan2 ketika membaca atau menaip.

  • Istirehatkan mata.
Rakan2 dinasihatkan agar selalu mengelipkan mata berulang kali atau pejamkan mata bagi mengurangkan ketegangan dan memastikan mata sentiasa basah selepas berhadapan dengan monitor terlalu lama. Rakan2 juga dinasihatkan melihat objek yang jauh selepas bekerja dengan jarak yang dekat.

Semoga tips2 ini dapat membantu rakan2 dalam isu berkaitan kesihatan mata. ^^
3/16/2008 09:21:00 AM

0 Responses to "Tips menjaga kesihatan mata apabila berada dihapadan komputer"

Post a Comment