Rumah Kitty

4 Comments »
2 hari lepas, penulis sedang berehat di ruang tamu rumah kerana cuaca yang panas dengan hujan yang turun renyai2 menyebabkan terasa bahang berada di bilik. Baru sahaja melabuhkan diri, datang seekor haiwan comel mendekati penulis dari pintu rumah. Iaitu seekor kucing kelabu dengan belang hitam yang digelar "Kitty" dimana kucing tersebut telah dipelihara oleh sahabat penulis(yux) dan penulis sendiri selama beberapa bulan ini.


Kitty

Kitty sememangnya sangat lincah dan nakal, namun senakal-nakalnya tidak pernah mencemarkan ruang tamu rumah penulis. Tempat kesukaannya adalah di bawah meja makanan dan duduk di atas sejadah yang berlipat serta fail kepunyaan sahabat penulis (pijoy).

Alkisahnya, rumah Kitty telah dicerobohi oleh kucing yang selalu membulinya. Maka, penulis pon membina sebuah rumah baru yang diperbuat dari kotak. ^^


Inilah rumah Kitty yang baru. ^^


Setelah diubahsuai oleh pijoy.

Maka, penulis pun meninggalkan Kitty dengan rumah barunya. Keesokan paginya, penulis mendapati rumah Kitty dalam keadaan berselerak, bekas air tumpah, tshirt pun terkeluar dari kotak. Penulis menjangkakan Kitty telah dikacau oleh kucing-kucing lain terumatanya kucing rumah sebelah. Nampak gayanya rumah ini kena dipindahkan ke rumah yux. Tetapi ada pulak kucing lain yang "menjajah" di hadapan rumah yux. Nak halau pun kesian dengan keadaan kucing tersebut yang terdapat kesan2 luka dan kaki yang tempang. Kesian Kitty dengan dirinya yang masih kecil berbanding dengan kucing2 lain. Tunggulah Kitty besar nanti, biar dia pulak buli kucing2 yang tua. ^^

p/s:Kitty ni kucing jantan. Yux yang bagi nama "Kitty". ^^




3/28/2008 08:35:00 AM

4 Responses to "Rumah Kitty"

yux Says :
March 28, 2008 at 9:05 PM

huh..sesuwei apo name kitty dengan kecomelan nyer itu..(^-^)

ReDoNe Says :
March 28, 2008 at 9:24 PM

haha.. sape kate xseswai.. ^^

Anonymous Says :
March 29, 2008 at 2:25 AM

Er. Sweet + Klaka gile = Tatau nak kate ape. Haha~

Post a Comment