.:AEF5574 Berwajah Baru:.

5 Comments »
Kali pertama penulis memperkenalkan motorsikal kepunyaan penulis iaitu sebuah motorsikal EX5 berwarna hitam. Motorsikal ini dibeli sebelum penulis menjejak kaki ke UMP atau KUKTEM oleh ayah penulis. Walaupun motorsikal ini adalah motorsikal terpakai, namun sepanjang 4 tahun ini ia masih gah walaupun ianya semakin tenat dimakan usia. Keadaan motorsikal tersebut boleh dikatakan "buruk", kerana catnya kian pudar, tempat duduk yang koyak, "side bend" yang lusuh, bunyi enjin yang teruk dan sebagainya. Namun masih boleh ditunggangi oleh penulis ke kelas setiap hari selama 3 tahun dan sekarang digunakan oleh saudara hafizul ke tempat kerja. Apa yang penulis cerita adalah keadaan motorsikal tersebut sebelum 2 minggu lepas.

Setelah mendapat pertolongan daripada saudara ashraf, maka kami berpakat untuk menukar wajah motorsikal ini. Kebetulan tahun ini kerajaan mengumumkan rebat tunai kepada setiap kenderaan bagi menggantikan harga minyak yang naik. Penulis mengambil peluang menggunakan duit rebat itu untuk membaik pulih motorsikal ini. Antara barang-barang yang dibeli adalah:-

  1. 2 Rim Sport yang berharga rm75 setiap satu.
  2. 1 Side bend yang berharga rm20.
  3. 1 Seat EX5 yang berharga rm25.
  4. 1 Bakul Motor yang berharga rm20.
Jumlah keseluruhan adalah kira2 rm215 dan kini motorsikal tersebut berwajah baru. Walaupun enjinnya masih belum dibaiki, penulis sudahpun berpuas hati dengan keadaan motorsikal tersebut. Terima kasih kepada saudara ashraf kerana banyak menolong sebab penulis buta bab2 motorsikal, bab2 komputer lain cerita. ^^

Rim Sport

Side Bend + Sticker UMP baru

Seat EX5

Bakul BKP
8/18/2008 08:33:00 PM

5 Responses to ".:AEF5574 Berwajah Baru:."

Anonymous Says :
August 19, 2008 at 1:37 PM

nmpak gaye enjin pun kene barukan gak hehe...

ReDoNe Says :
August 19, 2008 at 2:21 PM

enjin tu lambat skit kot.. kehabisan bajet.. wakaka.

Pjoyz Zul Says :
August 29, 2008 at 10:49 AM

Enjin pun sudah baru. sila update ye. hehehehe. tq pinjam moto. nnti aku basuh tetiap weekend ye. hehehe

ReDoNe Says :
August 29, 2008 at 10:52 AM

lupe nk update.. haha..

Anonymous Says :
September 3, 2008 at 5:19 PM

pergh...motor tukar baju siot...bile nk tukar isi perut lak..pakai enjin skyline ke....LC135 ke...muahaha

Post a Comment