.:Pikom PC Fair 2008:.

5 Comments »

Pikom, nama yang tidak asing bagi pengunjung yang mengunjungi PC Fair 2008 yang diadakan setiap tahun di lokasi tertentu di Malaysia. Pada minggu ini, berlangsung PC Fair 2008 bermula dari 15 Ogos sehingga 17 ogos di Berjaya Megamall, Kuantan.

Hari ini, penulis bersama 2 lagi rakan iaitu Fahim dan Azeem keluar ke Kuantan untuk menghantar Fahim ke Terminal Makmur. Sebelum itu, kami singgah di Megamall untuk mengunjungi PC Fair tersebut sambil menunggu kereta siap dibasuh.

Pada pandangan penulis, PC Fair tahun ini agak meriah kerana ia diadakan di kedua-dua bahagian tapak tumpuan Megamall. Sebelum ini, ianya diadakan di tapak utama Megamall, namun pada tahun ini satu perbezaan dibuat dan terdapat lebih banyak kedai @ vendor yang menyertai.

Walaupun ramai yang mengatakan harga adalah tetap sama dan mahal, namun ianya murah dari harga pada hari biasa dan tidak setanding harga di Plaza Lowyat. Tapi ia sudah memadai bagi sesiapa yang tidak mahu berulang alik ke Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli sebuah tetikus(mouse) dan accessory yang lain.

Penulis turut mengambil peluang untuk membeli sebuah papan kekunci(keyboard) yang baru berjenama Blaze, kerana yang lama telah menunjukkan simptom2 yang akan menunjukkan tempoh riwayatnya akan tamat. Dan post ini adalah yang pertama menggunakan keyboard yang baru. ^^
8/17/2008 07:13:00 PM

5 Responses to ".:Pikom PC Fair 2008:."

Adlan Says :
August 17, 2008 at 9:59 PM

wah.. nampaknya penulis ni ada sebuah mesin yang agak canggih dan laju

btw xsemua keyboard jenama Blaze berkualiti. sebab pnah beli yang mahal nye. tapi bbrp kekunci xleh nk tekan da.

p/s-pakai jela keybod yg murah..

' sLay Says :
August 18, 2008 at 2:39 AM

harap2 kamu akan rajen post entry2 baru dengan lebih kerap selepas ini ya=p

S.Azeem Ong Says :
August 18, 2008 at 8:50 AM

blaze mung. 'due. try dulu keyboard tu sblm beli'

lalu due menggunakn jari telunjuk beliau n tekan bbrapa butang. 'ok sy beli ni'

zzzz. apa punya 'try' daaa. hahahahaa

ReDoNe Says :
August 18, 2008 at 12:23 PM

keke.. aku ade six sense yg mengatakan keyboard ni bagus.. ^^ org putih kata chemistry between the user and the keyboard. haha.. tah pape aku mengarut..

Pjoyz Zul Says :
August 29, 2008 at 10:48 AM

owh.. keyboard baru ke? x prasan la pulak. hehehehe

Post a Comment