.:Dapur Arang:.

6 Comments »

Terasa pula kebosanan melihat PSMII yang tak siap2x. Ingin dikongsi bersama rakan2 semua kisah penulis bersama 3 orang lagi sahabat mengunjungi sebuah gerai makanan yang terdapat di Gambang.

Alkisahnya kesemua cafe di UMP masih belum dibuka semalam. Kami berempat keluar ke Gambang untuk mengisi perut yang kelaparan dan apa yang menyedihkan kesemua restoran yang sentiasa dikunjungi oleh kami sebelum ini masih belum dibuka. Nasibbaiklah terdapat sebuah gerai makan yang berhampiran dan kami memutuskan untuk mencuba makanan di gerai tersebut. Gerai kayu yang diterangi oleh lampu kalimantan tersebut tentulah tidak seberapa berbanding dengan restoran biasa.

Selepas melabuhkan punggung di atas kerusi plastik, datanglah seorang perempuan mengambil pesanan. Salah seorang sahabat bertanyakan makanan apa yang disediakan, jawab perempuan tersebut bahawa sayur dan daging telahpun kehabisan, justeru itu nasi goreng kampung, nasi goreng usa dan nasi yang bersangkutpaut dengannya tidak dapat dibuat. Nasi goreng pataya, nasi goreng ayam, kuey tiau sup dan mee bandung menjadi santapan kami berserta 4 nasi goreng pataya yang dipesan oleh rakan2 di UMP yang tidak dapat keluar bersama kerana hujan.

Kelambatan makanan sudah dijangkakan, kerana hanya terdapat seorang tukang masak yang menyediakan makanan. Sambil melihat Majalah 3 di TV3, kami menunggu dengan penuh kesabaran. Namun salah seorang sahabat menyedari sesuatu yang pelik di dapur gerai tersebut, iaitu sebuah cerek air yang sedang dijerang di atas dapur arang yang dibuat daripada tanah liat. Alangkah terkejutnya kami kerana masih ada yang menggunakan dapur arang untuk menjerang air yang selalunya dijerang di atas dapur gas @ cerek elektrik.

Cerita ini belum tamat disitu, penulis menyedari dari perbualan para pekerja yang bertanyakan "adakah nasi sudah dimasak". Penulis pun menjeling ke arah dapur arang tersebut, sebuah periuk besar telahpun diletak di atas dapur arang tersebut yang kemungkinan besar mengandungi beras untuk dimasak dijadikan nasi. Penulis tertawa di dalam hati dan membiarkan sahaja tanpa memberitahu sahabat2 yang lain. Akhirnya diperasan pula oleh sahabat tadi lalu memberitahu kepada yang lain. Memang agak ganjil dan amat jarang sekiranya kita singgah di mana2x gerai @ restoran yang masih menggunakan dapur arang untuk memasak nasi @ menjerang air. Dimana gerai tersebut?? Carilah gerai2 yang terdapat disekitar Gambang.

Rating:
  • Masakan : 4 Bintang
  • Layanan : 2 Bintang(Lambat)
10/05/2008 03:10:00 PM

6 Responses to ".:Dapur Arang:."

SpiderZMeN Says :
October 5, 2008 at 8:30 PM

nanti aku cari...hehe

Anonymous Says :
October 6, 2008 at 9:53 AM

bape lame ko tunggu br dpt mkn? mskn dia ok la tu rating smpi 4 bintang.. hehe..

ReDoNe Says :
October 6, 2008 at 11:06 AM

@labah2x:
carik2x.. jgn x carik.. ^^

@inda:
kitorg tunggu dalam 1 jam setengah..
kuar kul 8.30 malam, balik kul 10.30 malam..
wakakak.. ^^

Sabrina Says :
October 6, 2008 at 8:05 PM

kalo gune dapur arang mmg akan sedap ek??

ReDoNe Says :
October 6, 2008 at 8:49 PM

@sab:
xde la gitu sab..
tp rase lainla..
terigt mase kecik2 duk umah arwah & nenek..
msk gune dapur kayu je..

FaHim aL Says :
October 7, 2008 at 8:50 AM

menangis aku kalo smpai sejam stgh tggu =(

Post a Comment